Mior Muhammad Zaki or better known in the net as Cryno Bone is the Core Developer and the one in charge of managing the future direction of Savvy.UI JavaScript Library. In real life, he code with PHP, CodeIgniter, ADOdb, MySQL, Oracle, JavaScript, jQuery and Savvy.UI.
August 24 2008

Very Important Programmer 05:06 pm

Teringin untuk ikut serta tapi nak buat macam mana terlalu banyak tugas yang perlu diselesaikan.

June 8 2008

Inflasi I 10:49 am

Kesan kenaikan minyak kini dirasai, kedai makanan yang aku sering kunjungi telah menaikkan harga setiap makanan dengan RM 0.50… Terima kasih Pak Lah.

June 5 2008

Minyak oh Minyak 07:07 pm

Sudah malas nak dikomen, yang bengong tetap akan bengong… =_=”

June 4 2008

Gambar Ilusi 11:00 am

Gambar apakah ini?

May 28 2008

Poll: Which Advertising Method You Prefer 10:48 am

Satu lagi polls untuk yang menggemari pengiklanan internet, “Which Advertising Method You Prefer

May 26 2008

Temuduga Seorang Bakal Jururawat 12:06 am

Baru sahaja tadi dapat SMS daripada adik, “Nama Menteri Kstn M’sia. N Naib dia. Lupa la. Esk ada interview”. - Kabinet 208 @ BHarian.

May 23 2008

3G 07:05 pm

Aku mahu 3G… Bertambah-tambah kegilaan aku terhadap gadget semakin menghakis poket aku, hihihi.

Hujung Minggu Hampir Tiba 05:44 pm

Berikut adalah pemandangan yang kemungkinan aku akan tatap pagi esok, malah kini pun aku sudah tidak sabar untuk menutup Dell XPS aku dan cabut daripada ofis tapi sabar sahajalah. Ayat orang yang bosan mengadap cacing kerawit (merujuk kepada kod pengaturcaraan).

The Twitter Journalist 05:35 pm

Tema WordPress yang aku gunakan untuk laman ini kini boleh dimuat turun, sila kunjungi Twitter Journalist WordPress Theme untuk mendapatkannya.

Poll: Which Ads Network Do You Hate More? 04:09 pm

Suarakan pendapat anda “Which Ads Network Do You Hate More?“, semua mempunyai hak bersuara.

June 8 2008

Inflasi I 10:49 am

Kesan kenaikan minyak kini dirasai, kedai makanan yang aku sering kunjungi telah menaikkan harga setiap makanan dengan RM 0.50… Terima kasih Pak Lah.

June 5 2008

Minyak oh Minyak 07:07 pm

Sudah malas nak dikomen, yang bengong tetap akan bengong… =_=”

May 28 2008

Poll: Which Advertising Method You Prefer 10:48 am

Satu lagi polls untuk yang menggemari pengiklanan internet, “Which Advertising Method You Prefer

May 26 2008

Temuduga Seorang Bakal Jururawat 12:06 am

Baru sahaja tadi dapat SMS daripada adik, “Nama Menteri Kstn M’sia. N Naib dia. Lupa la. Esk ada interview”. - Kabinet 208 @ BHarian.

May 23 2008

3G 07:05 pm

Aku mahu 3G… Bertambah-tambah kegilaan aku terhadap gadget semakin menghakis poket aku, hihihi.

The Twitter Journalist 05:35 pm

Tema WordPress yang aku gunakan untuk laman ini kini boleh dimuat turun, sila kunjungi Twitter Journalist WordPress Theme untuk mendapatkannya.

Poll: Which Ads Network Do You Hate More? 04:09 pm

Suarakan pendapat anda “Which Ads Network Do You Hate More?“, semua mempunyai hak bersuara.

September 29 2007

Hello world! 02:46 am

“Hello world”, suatu perkataan yang aneh bagi majoriti manusia tetapi wajib dipahami oleh setiap insan yang ingin bergelar pengaturcara.

Selamat datang kepada setiap insan yang melangkah masuk ke Laman Blog Element.Id(”Crynn”) yang akan memberi fokus lain bagi sesiapa yang mengenali aku sebagai {crynobone} tetapi mungkin tidak kepada sesiapa yang mengenali aku sebagai {crynn}. Laman Blog ini akan kekal menggunakan platform WordPress sepertimana Crynn Berkata-kata dan tidak ChronoSight.CMS hanya atas sebab aku perlu kembali aktif bersama WordPress atas dasar kerja yang memerlukan aku mengetahui dan menguasai pengaturcaraan WordPress.

Laman Blog ini masih belum mempunyai sebarang arah tuju yang khusus tetapi buat masa ini cukup sebagai satu langkah permulaan untuk aku kembali aktif dalam arena blogging atas identiti {crynn} dan juga sebagai satu titik permulaan untuk crynobone.com yang pernah terlepas kepada pihak yang ingin mengaut keuntungan seperti mana terjadi kini kepada chronosight.com.

October 7 2007

Satu Tahun 12:00 am

Us

Satu tahun yang lepas, permulaan.
Satu tahun kemudian, masih dalam perjalanan…

June 5 2006

Hello Dunia! 01:08 pm

Aku telah mendapat jemputan daripada Encik se7en untuk mencuba sistem belog komuniti Lowyat.NET iaitu Blogsentral.com. Jika sebelum ini aku lebih banyak membelog menggunakan inggeris sebagai medium bahasa maka aku rasa wajar untuk mencuba menggunakan bahasa melayu pula kali ini.

Laman Web lain:

Technorati Profile

Jurugambar Bidan Terjun 04:08 pm

Tetiba petang ini aku menjadi bidan terjun, sungguh tidak sesuai. Apatah lagi apabila kamera yang aku guna hanyalah Nokia 6600 sahaja. Semuanya terjadi secara tiba-tiba, Kak Mayah sebelum ini telah menempah kamera Hayat tetapi tah sebab apa Hayat menghilang hari ini.

Bukankah aku ada kamera? Sepatutnya ya tapi Azlan sudah terlebih dahulu meminjam kamera digital aku untuk kegunaan hari penting beliau. Sedih, sungguh sedih. Inilah nasib seorang jurugambar bidang terjun…

Gambar Desaru 09:15 pm

Ini hanyalah gambar-gambar lama aku di Desaru.

Serangan Seorang Emak 11:49 pm

Semuanya bermula pada suatu malam yang tenang, sambil aku melayar internet seperti setiap malam yang lain tetiba rumah aku dibingitkan dengan deringan telefon bimbit ku. Aku melihat telefon lalu kelihatan nama “*** ***”! Aku kenal sungguh nama itu, tidak lain dan tidak bukan orang tersebut adalah emak aku sendiri.

Aku terus mengangkat telefon lalu terus telingaku bingit dengan leteran emakku, oh tidak sama sekali akan aku nyatakan disini apakah yang menjadi hujah-hujah leteran emakku tadi. Cukuplah kalian tahu betapa bingit rasanya telinga ini apabila bom nuklear dengan tiba-tiba meletus.

Biarlah perkara yang telah berlalu, apa yang pasti terdapat kemungkinan emakku akan datang ke Kuala Lumpur hujung minggu ini untuk melawat adikku yang sedang sibuk dengan kuliah kejururawatannya di Nilai, Negeri Sembilan. Pada masa yang sama aku kemungkinan besar tiada apa-apa hal hujung minggu ini maka emakku mengajakku mengikut beliau ke Nilai (itupun kalau beliau jadi datang ke KL).

Harap-harap cuti hujung minggu depan bukanlah suatu khabar angin semata-mata.

June 6 2006

Foto-foto daripada Jurugambar Bidan Terjun 07:28 am

Mari kita lihat hasil-hasil foto daripada Nokia 6600 ku.

BBCode tentang TinyMCE 08:37 pm

Tidak aku sangka WordPress kini menggunakan TinyMCE, suatu perisian yang ku rasakan tidak stabil (aku pernah mencubanya untuk salah satu Sistem Pengurusan Kandungan yang aku bina) tetapi pada masa yang sama amat mudah terutama untuk pengguna baru internet. TinyMCE menggunakan konsep Apa-kamu-nampak-itu-kamu-dapat tidak memerlukan pengguna untuk mengetahui sebarang asas kod HTML.

Suatu masa dahulu terdapat suatu kaedah untuk memudahkan pelayan internet untuk menggunakan sintak-sintak tertentu untuk menggantikan Tag HTML, salah satu kaedah yang terkenal adalah BBCode yang digunakan secara meluas terutama dalam forum perbincangan seperti Invision Power Board, vBulletin, phpBB dan sebagainya. Malah sistem pengurusan kandungan aku, ChronoSight.CMS menggunakan BBCode sejak mula dibangunkan kira-kira setahun yang lepas.

Adalah benar jika dibandingkan secara antara BBCode dan TinyMCE, ternyata ramai akan memilih TinyMCE kerana keberkesanannya. Adakah ini bermakna ChronoSight.CMS akan mengikut rentak WordPress ataupun ia akan terus dengan caranya yang tersendiri. Tapi sebelum aku dapat menjawab persoalan tersebut, aku merasakan bahawa terdapat isu-isu tertentu yang aku perlu keutarakan sebelum aku dapat berubah kepada TinyMCE.

  • Keserasian TinyMCE terhadap keseluruhan pelayar internet,
  • Keupayaan untuk menambah sintak-sintak yang kritikal (seperti blockquote, code, heading dan lain-lain),
  • Keupayaan untuk menghasilkan sintak-sintak secara bijak, dan
  • Tiada kesalahan sintak (X)HTML,

Apa-apa pun masa akan menentukannya…

June 7 2006

Kembara Seorang Bakal Ahli KWSP 12:26 pm

Hari ini aku datang pejabat lewat sejam, bukan kerana bangun lambat tetapi aku ke Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mendaftar keahlian aku. Semalam aku telah memberitahu Hayat tentang kelewatan aku dan beliau meminta aku ke Pejabat Bangsar setelah urusan KWSP aku selesai. Ini kerana bahagian pembangunan sistem sedang sibuk menyiapkan suatu kertas kerja untuk diserahkan kepada TM.

Kembali kepada cerita, pagi tadi aku terus menaiki Tren Putra daripada Stesen Wangsa Maju hingga ke Stesen Masjid Jamek dan kemudian menaiki Tren Star daripada Stesen Masjid Jamek hingga ke Stesen Bandaraya (bersebelahan dengan Sogo). Dengan penuh yakin aku terus menuju ke Menara MARA sehingga sampai ke Universiti Kuala Lumpur, sebelum ini aku pernah bertanya kepada Faizal lokasi Pejabat KWSP dan aku yakin bahawa arah yang aku tuju adalah benar.

Di hadapan Universiti Kuala Lumpur, aku bertindak bertanya kepada dua orang yang berada di kawasan tersebut dan malang sekali mereka pun sama seperti aku yang masih “pengguna baru” Kuala Lumpur. Hilang arah, aku menelefon Faizal untuk sekali lagi menanyakan lokasi yang betul. Rupa-rupanya aku telah tersalah jalan, arah KWSP sebenarnya adalah arah lawan aku. Tidakkkk!!!!…

Ku katakan “*toot*”…

June 9 2006

Tidur Hotel 12:22 am

Malam tadi aku tidur hotel lagi, kesibukan menyiapkan kertas kerja tender memaksa aku untuk tidur hotel sahaja malam tadi. Hotel manakah itu? Hanya orang-orang pejabat aku yang tahu tempat tersebut.

Diharapkan tiada timbul spekulasi pula, aku hanya menumpang tidur dirumah Hayat. Itupun dapat tidur dalam pukul 2pagi kerana aku mengambil masa yang agak lama untuk menulis semula resume aku. Mungkin lepas ini aku akan menggunakan resume atas-talian untuk memudahkan aku melakukan proses kemaskini daripada masa ke masa.

Petang tadi langkah kanan, salah satu pembekal syarikat belanja Pizza Huts. Bagus juga, aku hanya sarap nasi lemak hari ini. Sekurang-kurangnya dapat juga rangkumi makan tengahari dan makan malam aku hari ini. Selamat poket!!