Aku suka

Nampaknya Blogsentral sudah sediakan lebih banyak templat untuk kita pilih untuk kegunaan belog peribadi kita. Tahniah aku ucapkan, mungkin tidak lama lagi penulis-penulis belog berupaya untuk mengubahsuai sendiri templat mereka seperti yang telah disediakan oleh Pengurus Belog seperti WordPress.com ataupun Blogspot.com

Share

Nyata, Aku bakal Pakcik!

Sambungan daripada entri lepas, Aku, bakal pakcik? Tadi baru je dapat Pesan Ringkas

“Confirm, pregnant 5 weeks”

 

Share

Aku, bakal pakcik?

Perbualan aku dengan kakak aku:

kakak aku: hello
aku: yup
kakak aku: nak jd pak cik tak?
aku: :|
aku: xkisah
aku: huhu

Bahaya, susah untuk dibayangkan aku seorang pakcik. Tiba-tiba terasa sudah tua. Tidak!!!!

Share

Cuti ke Kerja?

Hari ini hari ahad, walaupun aku berada di rumah tetapi aku sedang menatap kerja-kerja pejabat yang aku perlu siapkan segera. Cuti atau kerja pada hari Ahad seolah-olah tiada bezanya, bukan untuk mengeluh tapi itulah kebiasaan hidup aku saban hari. Siang kerja, malam pun kerja dan ini semua untuk masa depan diri aku sendiri juga, bukan?

Semalam aku pening, tertangguh sebentar kerja-kerja aku pada waktu malam. Pening tapi tidak dapat tidur maka aku berhibur dengan X-Men Evolution Session 1 (Volume 1). Hari ini berhibur dengan Seether pula, nak layan filem atau anime susah pula nanti kalau tengah bekerja. Ohh baru teringat, aku masih ada satu misi yang aku perlu buat sekarang, memindah turun Bleach dan Naruto Manga.

Share

Pemburuan Harta Karun UIA

Iklan sebentar khusus untuk graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ….
Pirates ! Looters ! Queen Elizabeth! What do they all have in common? They are all treasure hunters. Some found more treasures than others. No one can deny the excitement treasure hunting gives! Today, treasure hunt is a well-known game amongst adventurers. People from around the region participate in this game and find joy in looting their prizes and feeling the rush of solving the many intricate clues given.

In the spirit of camaraderie and ukhuwah as well as to promote and encourage a silaturrahim among IIUM Alumni members, IIUM Staff and students , IIUM Alumni & Career Division Unit is organizing ‘IIUM Treasure Hunt 2006′ on Saturday to Sunday, July 22-23, 2006 at Swiss Garden Kuantan Resort & Spa, Kuantan, Pahang . Check this news out! IIUM has grown in size since you left! We’ll be looting the new IIUM Kuantan Campus as well!

This event is open to all ex-UIA students and outsiders as well (please read the terms & conditions). By the way, did you know that you are automatically an alumni member the moment you graduated?

For further information, please visit the following IIUM Alumni Treasure Hunt 2006 website.

Hurry! Grab this chance to win exciting prizes. Tell all your friends about it and take a walk in memory lane and get-together with your Uni friends. All of which can be found in the ‘ IIUM Treasure Hunt 2006′

See You There!

Share

Hari ini sekali lagi

Seperti bulan-bulan yang lalu, kini hari tersebut muncul kembali. Hari untuk aku menyelesaikan segala hutang-hutang aku. Bermula dengan sewa rumah, bil elektrik, bil air dan bil internet segalanya sudah aku selesaikan. Cuma tinggal bil telefon sahaja yang masih belum sampai? Pelik.. pelik, sepatutnya bil telefon aku patut sampai dahulu.

Kini musim Piala Dunia kembali, adakah aku terikut-ikut dengan aliran semasa? Tidak sama sekali! Biarlah mereka dengan fanatik mereka. Zaman aku mengambil kisah tentang bola sudah tamat dengan permainan FIFA 2005. Tapi itu tidak semestinya muktamad, aku mungkin berubah mengikut aliran tersebut jika mereka menyediakan barisan pemain berikut.

Dunia yang khayal…

Share

Ku terjebak dengan Manusia X

Semalam seharian aku hidup dengan penuh hiburan, hiburan yang sungguh mengkhayalkan. Sungguh khayal sehingga aku menghabiskan masa hampir separuh hari aku dengan hiburan tersebut semata-mata.

Bukan di disko atau di pub tetapi di depan Komputer Peribadi aku sendiri. Apakah hiburan itu? Bukan lain selain Manusia X: Siri Animasi musim 3 dan musim 4 yang baru sahaja aku selesai pindah turun baru-baru ini. Adus bahaya sungguh, kini hanya tinggal musim 5 sahaja yang masih jauh perjalanan pindah turunnya. Gian…

Share

Tidur Hotel

Malam tadi aku tidur hotel lagi, kesibukan menyiapkan kertas kerja tender memaksa aku untuk tidur hotel sahaja malam tadi. Hotel manakah itu? Hanya orang-orang pejabat aku yang tahu tempat tersebut.

Diharapkan tiada timbul spekulasi pula, aku hanya menumpang tidur dirumah Hayat. Itupun dapat tidur dalam pukul 2pagi kerana aku mengambil masa yang agak lama untuk menulis semula resume aku. Mungkin lepas ini aku akan menggunakan resume atas-talian untuk memudahkan aku melakukan proses kemaskini daripada masa ke masa.

Petang tadi langkah kanan, salah satu pembekal syarikat belanja Pizza Huts. Bagus juga, aku hanya sarap nasi lemak hari ini. Sekurang-kurangnya dapat juga rangkumi makan tengahari dan makan malam aku hari ini. Selamat poket!!

Share

Kembara Seorang Bakal Ahli KWSP

Hari ini aku datang pejabat lewat sejam, bukan kerana bangun lambat tetapi aku ke Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mendaftar keahlian aku. Semalam aku telah memberitahu Hayat tentang kelewatan aku dan beliau meminta aku ke Pejabat Bangsar setelah urusan KWSP aku selesai. Ini kerana bahagian pembangunan sistem sedang sibuk menyiapkan suatu kertas kerja untuk diserahkan kepada TM.

Kembali kepada cerita, pagi tadi aku terus menaiki Tren Putra daripada Stesen Wangsa Maju hingga ke Stesen Masjid Jamek dan kemudian menaiki Tren Star daripada Stesen Masjid Jamek hingga ke Stesen Bandaraya (bersebelahan dengan Sogo). Dengan penuh yakin aku terus menuju ke Menara MARA sehingga sampai ke Universiti Kuala Lumpur, sebelum ini aku pernah bertanya kepada Faizal lokasi Pejabat KWSP dan aku yakin bahawa arah yang aku tuju adalah benar.

Di hadapan Universiti Kuala Lumpur, aku bertindak bertanya kepada dua orang yang berada di kawasan tersebut dan malang sekali mereka pun sama seperti aku yang masih “pengguna baru” Kuala Lumpur. Hilang arah, aku menelefon Faizal untuk sekali lagi menanyakan lokasi yang betul. Rupa-rupanya aku telah tersalah jalan, arah KWSP sebenarnya adalah arah lawan aku. Tidakkkk!!!!…

Ku katakan “*toot*”…

Share

BBCode tentang TinyMCE

Tidak aku sangka WordPress kini menggunakan TinyMCE, suatu perisian yang ku rasakan tidak stabil (aku pernah mencubanya untuk salah satu Sistem Pengurusan Kandungan yang aku bina) tetapi pada masa yang sama amat mudah terutama untuk pengguna baru internet. TinyMCE menggunakan konsep Apa-kamu-nampak-itu-kamu-dapat tidak memerlukan pengguna untuk mengetahui sebarang asas kod HTML.

Suatu masa dahulu terdapat suatu kaedah untuk memudahkan pelayan internet untuk menggunakan sintak-sintak tertentu untuk menggantikan Tag HTML, salah satu kaedah yang terkenal adalah BBCode yang digunakan secara meluas terutama dalam forum perbincangan seperti Invision Power Board, vBulletin, phpBB dan sebagainya. Malah sistem pengurusan kandungan aku, ChronoSight.CMS menggunakan BBCode sejak mula dibangunkan kira-kira setahun yang lepas.

Adalah benar jika dibandingkan secara antara BBCode dan TinyMCE, ternyata ramai akan memilih TinyMCE kerana keberkesanannya. Adakah ini bermakna ChronoSight.CMS akan mengikut rentak WordPress ataupun ia akan terus dengan caranya yang tersendiri. Tapi sebelum aku dapat menjawab persoalan tersebut, aku merasakan bahawa terdapat isu-isu tertentu yang aku perlu keutarakan sebelum aku dapat berubah kepada TinyMCE.

  • Keserasian TinyMCE terhadap keseluruhan pelayar internet,
  • Keupayaan untuk menambah sintak-sintak yang kritikal (seperti blockquote, code, heading dan lain-lain),
  • Keupayaan untuk menghasilkan sintak-sintak secara bijak, dan
  • Tiada kesalahan sintak (X)HTML,

Apa-apa pun masa akan menentukannya…

Share