BBCode tentang TinyMCE

Tidak aku sangka WordPress kini menggunakan TinyMCE, suatu perisian yang ku rasakan tidak stabil (aku pernah mencubanya untuk salah satu Sistem Pengurusan Kandungan yang aku bina) tetapi pada masa yang sama amat mudah terutama untuk pengguna baru internet. TinyMCE menggunakan konsep Apa-kamu-nampak-itu-kamu-dapat tidak memerlukan pengguna untuk mengetahui sebarang asas kod HTML.

Suatu masa dahulu terdapat suatu kaedah untuk memudahkan pelayan internet untuk menggunakan sintak-sintak tertentu untuk menggantikan Tag HTML, salah satu kaedah yang terkenal adalah BBCode yang digunakan secara meluas terutama dalam forum perbincangan seperti Invision Power Board, vBulletin, phpBB dan sebagainya. Malah sistem pengurusan kandungan aku, ChronoSight.CMS menggunakan BBCode sejak mula dibangunkan kira-kira setahun yang lepas.

Adalah benar jika dibandingkan secara antara BBCode dan TinyMCE, ternyata ramai akan memilih TinyMCE kerana keberkesanannya. Adakah ini bermakna ChronoSight.CMS akan mengikut rentak WordPress ataupun ia akan terus dengan caranya yang tersendiri. Tapi sebelum aku dapat menjawab persoalan tersebut, aku merasakan bahawa terdapat isu-isu tertentu yang aku perlu keutarakan sebelum aku dapat berubah kepada TinyMCE.

  • Keserasian TinyMCE terhadap keseluruhan pelayar internet,
  • Keupayaan untuk menambah sintak-sintak yang kritikal (seperti blockquote, code, heading dan lain-lain),
  • Keupayaan untuk menghasilkan sintak-sintak secara bijak, dan
  • Tiada kesalahan sintak (X)HTML,

Apa-apa pun masa akan menentukannya…

Share

Leave your comment