Hari ini aku datang pejabat lewat sejam, bukan kerana bangun lambat tetapi aku ke Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mendaftar keahlian aku. Semalam aku telah memberitahu Hayat tentang kelewatan aku dan beliau meminta aku ke Pejabat Bangsar setelah urusan KWSP aku selesai. Ini kerana bahagian pembangunan sistem sedang sibuk menyiapkan suatu kertas kerja untuk diserahkan kepada TM.
Kembali kepada cerita, pagi tadi aku terus menaiki Tren Putra daripada Stesen Wangsa Maju hingga ke Stesen Masjid Jamek dan kemudian menaiki Tren Star daripada Stesen Masjid Jamek hingga ke Stesen Bandaraya (bersebelahan dengan Sogo). Dengan penuh yakin aku terus menuju ke Menara MARA sehingga sampai ke Universiti Kuala Lumpur, sebelum ini aku pernah bertanya kepada Faizal lokasi Pejabat KWSP dan aku yakin bahawa arah yang aku tuju adalah benar.
Di hadapan Universiti Kuala Lumpur, aku bertindak bertanya kepada dua orang yang berada di kawasan tersebut dan malang sekali mereka pun sama seperti aku yang masih “pengguna baru” Kuala Lumpur. Hilang arah, aku menelefon Faizal untuk sekali lagi menanyakan lokasi yang betul. Rupa-rupanya aku telah tersalah jalan, arah KWSP sebenarnya adalah arah lawan aku. Tidakkkk!!!!…
Ku katakan “*toot*”…
Sesat ke? Laaaaa…
Sekarang dah ada no. keahlian KWSP? Bukan ke yang settle kan benda2 tu Kak Dekna?
Tah, ku tak tahu… dah ada dah no. ahli
ada no kwsp,tp tak ingat.mcmn nak cari?tgh sarat mengandung.pls help
ada no kwsp,tp tak ingat.mcmn nak cari? melalui internet…