Rongeng (Hari Pertama)

Posted July 15, 2006 in Bebel
Semalam baru sahaja aku ingin berehat kira-kira dalam linkungan masa 7.40pm Uzu menyapa aku dalam YM. Beliau mengajak aku untuk menyertai sesi Yum-cha Sate Kajang dekat Restoren Samuri. Pada mulanya aku malas untuk keluar, agak sukar untuk aku bergerak bebas waktu malas terutamanya disebabkan oleh tiada pengangkutan sendiri (aku tidak mampu).
Baru sahaja aku menolak pelawaan Uzu tiba-tiba id Fariz muncul dalam YM. Tiba-tiba sahaja peluang aku untuk berjumpa dengan geng Sepam Melayu’s Thread menjadi cerah. Masa-masa seperti ini Google Earth sangat berguna, walaupun pada mulanya Fariz agak sukar untuk memastikan kedudukan rumah aku tetapi dengan bantuan Google Earth beliau akhirnya faham.
Kira-kira pukul 9.50pm… Fariz, Don dan Arj (memandu Gen2) sampai di Seksyen 10 Wangsa Maju. Sampai sahaja di Restoren Samuri, kelihatan Uzu, Rad, Ayiesz, Phibe, Freak dan gundik-gundiknya sudah lama menanti. Maka bermulalah aksi-aksi membaham satay…

Barisan Tentera (kekuatan 12 orang)

  • freak
  • gadis 1 (awek freak)
  • gadis 2
  • gadis 3
  • ayiesz
  • uzu
  • rad
  • crynobone (crynn tiada bertulang)
  • Arj
  • fariz
  • don
  • phibe

Mangsa:

  • 120 cucuk sate ayam/kambing

Damage:

  • RM118.xx

7 Responses to 'Rongeng (Hari Pertama)'

Subscribe to comments with RSS or TrackBack to 'Rongeng (Hari Pertama)'.

  1. Mayyah said, on July 15th, 2006 at 9:53 am

    Sorang makan 10 cucuk. Ke…Sorang makan 5 cucuk dan yang selebihnya dimakan oleh Cynn? Keuntungan yang diperolehi oleh Hj. Samsuri agak besar dengan ahli kumpulan ini sahaja. Bayangkan sekiranya semua orang berbuat yang sama? Crynn…lepas ni buka kedai sate & pau lah…untung2 ramai yang mengunjung. Boleh makan free selalu2 :P

  2. crynn said, on July 15th, 2006 at 9:55 am

    Sebelum apa-apa, pasti nanti keuntungan diragut oleh kawan-kawan yang asyik makan percuma. Maka tinggallah Crynn sendiri menangis tiada bertulang menanggung bankrupsi.

  3. Mayyah said, on July 15th, 2006 at 10:00 am

    Sebab tulah, disarankan Crynn adakan hari makan percuma untuk kawan-kawan dalam sebulan. Sehari saja. Pada hari yang lain, walau kawan rapat macam mana pun, perlu bayar. Barulah tak perlu menangis dan boleh mengumpul wang untuk membeli tulang. Tidak bertulang kadangkala mempunyai had yang amat menyusahkan..

  4. crynn said, on July 15th, 2006 at 10:02 am

    Hurmmm, harga tulang dipasaran sekarang amat mahal. Tambah-tambah lagi harga diukur berdasarkan kilogram. Wahh, pening… fening…

  5. Mayyah said, on July 15th, 2006 at 10:04 am

    Crynn terlupa seperkara. Kita mempunyai Dr. Bone yang boleh memberikan diskaun hebat kepada mereka yang memerlukan implan tulang. Mungkin dia boleh mencari tulang yang sebenarnya juga

  6. fariz said, on July 15th, 2006 at 11:00 am

    Aku bawak balik sate-sate yg lebih tu.. MUAHAHAHAHAHA!!!

    pakcik kayo!!!

  7. crynn said, on July 15th, 2006 at 11:57 am

    Ini tidak adil, malang betul bagi orang-orang yang tiada dapur.

Leave a Reply