Rongeng (Hari Kedua)

Hari sabtu lepas, aku sekali lagi mengikuti satu aktiviti rongeng yang diatur oleh Kak Mayyah (salah seorang komentar setia Crynn Berkata-kata). Aku, Hayat sekeluarga, Kak Mayyah dan Rhu menonton wayang Pirate of the Caribbeans 2: Dead Man’ Chest.

Aku dan Hayat sekeluarga bertolak kira-kira pukul 1.30 petang dari UIA Gombak menuju ke Petaling Jaya. Namun, berdasarkan “kesilapan teknikal” kami telah terlajak ke Subang. Walau apa pun, setelah kira-kira 15 ke 20 minit, kami telah tiba di destinasi yang sebenarnya iaitu Bella Italia.

Bella Italia adalah sebuah restoran masakan itali milik keluarga Rhu, aku sebagai seorang yang amat memilih berkenaan makanan hanya meminta Italian Fried Rice. Sudah aku jangka, masakan tersebut bukan mengikut selera aku. Sedap memang sedap, cuma terlalu banyak cendawan dan minyak. Setelah semua berjaya memenuhkan perut masing-masing termasuk Nadiah kami berunsur ke Cineleisure.

** Babak tidak penting dipotong oleh FINAS **

Dalam panggung, aku duduk di tengah-tengah antara Kak Mayyah dan Rhu menjadi mangsa untuk pegang popcorn. Hayat sekeluarga duduk dikerusi belakang betul-betul dibelakang kami. Sejujurnya, aku sudah lupa kebanyakan jalan cerita POTC maka terdapat beberapa babak yang aku sedikit keliru. Apa-apapun, wayang tersebut memang menarik cuma aku memang tidak pandai berborak dengan orang yang tidak atau baru kenal.

** Babak tidak penting dipotong oleh FINAS **

Setelah habis sahaja tayangan, Kak Mayyah dan Rhu terus berunsur balik kerana emak Rhu sudah mula bising. Aku dah Hayat sekeluarga lepak sementara menyaksikan aktiviti-aktiviti yang berlangsung di premis yang sama. Setelah bosan, kami terus bergerak balik ke Wangsa Maju. Kami turut pergi ke Alpha Angle Wangsa Maju untuk menikmati pizza dan yang menarik Nadiah dapat permainan baru.

Semua aktiviti merongeng hari kedua tamat pukul 11 malam. Ngantuknya….

Share

3 Responses

  1. Mayyah on 17 Jul 2006

    Kalau tengok cara asingkan nasi dengan cendawan pun tau, tak mengikut selera…Kesian Crynn…

    Bab tang mana yang tak faham tu? Bukan ke cerita POTC 2 sangat straight forward?


  2. crynn on 17 Jul 2006

    Sebab dah lupa POTC 1, ada beberapa dialog yang sudah tiada dalam memori otak untuk tafsir lawak-lawak dalam POTC 2 yang ada kaitan dengan POTC 1.


  3. Mayyah on 19 Jul 2006

    Orang kata…cepat lupa ni macam mempunyai ingatan ikan emas. Walaupun Crynn agak pelupa juga orangnya tapi rasanya untuk kali ni boleh dimaafkan. Dengan kerja2 yang diberi dan ditambah dengan kerenah orang2 yang memberi kerja, mana tak kelam kabut :)


Leave your comment