Sama Sahaja

Toilet

Tidak aku sangka masih ada orang sebegini. Semasa kecil tandas diconteng, masa aku dewasa pon tandas diconteng. Mengata orang sendiri buat honar, tidak salah aku katakan manusia ni sama sahaja tanpa mengira bangsa.

Lokasi: Tandas Lelaki PUTRA LRT Bangsar

Share

Kini Hanya Tinggal RM20

Terbang lagi duit, tadi baru sahaja daftar nombor DIGI untuk kegunaan pejabat. Harap-harap cepat la dapat duit claim*Siggghhhh*

Share

Musim Kahwin

Sementara Malaysia kian sibuk meniti hari perkahwinan Siti Nurhaliza dan Datuk K, tidak dilupakan kawan-kawan aku yang akan melangsungkan perkahwinan terutama Asriey dan Intanku. Maaf sesangat tapi tidak dapat nak datang la kawan, hadiah perkahwinan engkau pun aku belum pindah turun lagi. Besar sangat la permintaan kau.

Tidak dilupakan juga kepada saudara Mu’az dan pasangannya Yanie kerana baru bertunang semalam. Lama gak aku tak berhubung dengan geng-geng Underground Modder Clan (UMC).

Share

Kerenah Pelanggan

Susah untuk aku komen, siang tadi aku terpaksa mengharungi kerenah salah seorang pelanggan kami. Beliau (melalui organisasi tempat beliau bekerja) telah membeli satu perisian Pinnacle Studio 9. Bukan melalui aku, tetapi salah seorang pekerja lain. Aku dengan hati yang agak gusar meneruskan jua tugas yang diberikan kepada aku.

Sampai sahaja aku di pejabat pelanggan tersebut, sudah dibambu oleh pelanggan sebab lewat memberikan bantuan. Aku sudah kurang selesa, apatah lagi aku menjangkakan masalah yang dihadapinya hanyalah masalah kanak-kanak baru belajar. Setelah mendengar penjelasan beliau nyata jangkaan aku benar. Beliau ingin menggunakan suatu fungsi efek yang telah dikunci oleh perisian, dan untuk mendapatkan fungsi efek tersebut beliau perlu membeli. Samalah seperti kita perlu membeli clip-art tambahan untuk kegunaan Microsoft Office.

Aduss, Itupun nak salahkan vendor dengan alasan hantar perisian tidak lengkap. Bila sediakan sebutharga yang lengkap minta kurangkan pula sebab tiada peruntukan. Inilah dunia kita…

Share

Berbudi atau Keselamatan Diri?

Malam tadi aku ke ofis Bangsar untuk mengambil barang yang aku tinggal Sabtu lepas, mengikut perjanjian asal aku akan bertemu dengan Kak Mayyah terlebih dahulu sebelum menuju ke ofis kerana beliau yang mempunyai kunci ofis dan aku perlu berdiskusi tentang projek kod nama “Mak Mayyah”.

Diatas beberapa kesulitan Kak Mayyah sampai lewat, aku sementara itu menanti di bahagian bawah Putra LRT Bangsar (sebelah perhentian teksi). Sementara menanti tiba-tiba datang orang lelaki sambil membawa sehelai kertas dan duit syiling. Lelaki tersebut cuma meminta bantuan aku untuk meminjam telefon bimbit aku dengan memberi alasan beliau tidak membawa telefon. Aku lantas terus beredar tanpa menghiraukan beliau, tidak ingin aku menjadi mangsa kecurian telefon hanya kerana ingin berbudi.

Aku masih belum cukup kaya untuk menderma telefon…

Share

Tidak menarik hari ini

Dua berita tidak baik menimpa aku hari ini. Dalam pukul 8.00 malam tadi adik aku memberitahu aku melalui SMS

A’kum, tau dk mak lang meninggal dunia?

Kemudian tadi sekali lagi berita tidak baik disampaikan kepada aku. Kali ini daripada kakak aku;

Tadi pegi jumpa doktor, scan, ada berita tak baik, baby dah tak ada, dah sebulan tak ada

Share

Rongeng (Hari Tiga)

Ini sambungan kepada Rongeng (Hari Kedua), maaf kerana tiada kesempatan untuk menulis entri ini, Rongeng hari ketiga berkisah pada hari ahad, sehari selepas rongeng hari kedua berlangsung….

Pagi itu, aku amat penat kesan daripada dua hari rongeng berturut-turut. Aku telah cuba untuk menbatalkan kehadiran aku untuk merongeng namun usahaku sia-sia kerana Kak Mayah telah menggunakan ilmu kawalan mindanya untuk mempengaruhi aku untuk pergi jua tanpa kerelaan mata aku yang nyata masih penat.

Aku terus menuju ke Terminal Putra setelah bersiap, Hayat sekeluarga bersama Mayah telah sedia menanti aku disana. Kak Ekin, pada masa itu sedang cuba untuk mendapatkan tempat duduk bas ke Genting Highland. Lupa untuk aku beritahu rongeng hari ketiga berlangsung di First World Genting Highland. Masa ketika itu 9.00pagi, kami perlu menunggu sehingga pukul 10.30pagi untuk bas (itu yang paling awal).

Akhirnya Hayat mengambil keputusan untuk memandu ke Genting, kami bersarapan di kaki Genting. Kesejukan di kaki sudah cukup sejuk namun kami tetap gagahi juga. Kabus pada pagi tersebut amat tebal, ada ketikanya kami nyaris tidak nampak apa-apa. Ini amat bahaya terutama apabila selekoh tajam.

Sampai sahaja di First World kami cuba untuk ke Outdoor Theme Park tetapi pihak pengurusan telah menutup Outdoor Park akibat kabus tebal. Kami bermain seketikadi kawasan permainan komputer (untuk mengisi masa).

Setelah bosan, kami bergerak ke IceWorld untuk bermain salju. Aku dan Kak Mayah sahaja yang masuk kerana kanak-kanak dibawah dua (2) tahun tidak dibenarkan sama sekali untuk masuk. IceWorld nyata merupakan suatu yang biasa mungkin kerana terlalu sesak untuk satu-satu sesi dan ais yang terdapat disitu tidak menarik. Aku dan Kak Mayah sempat bermain salju seketika sehingga telinga aku menjadi beku, setelah mengambil gambar kami terus keluar dan pergi ke McD untuk makan tengahari.

Setelah berehat seketika, kami bergerak ke Outdoor Theme Park sekali lagi dan nyata nasib kami lebih baik kali. Kami sempat bermain beberapa permainan di sana namun kebanyakkan masanya dihabiskan melayan kerenah Nadiah dan mengambil gambar.

Setelah penat akhirnya kami beransur pulang. Sebelum aktiviti rongeng tamat, kami berehat sebentar di Mali’s Corner untuk minum petang.

Share