Rongeng (Hari Tiga)

Ini sambungan kepada Rongeng (Hari Kedua), maaf kerana tiada kesempatan untuk menulis entri ini, Rongeng hari ketiga berkisah pada hari ahad, sehari selepas rongeng hari kedua berlangsung….

Pagi itu, aku amat penat kesan daripada dua hari rongeng berturut-turut. Aku telah cuba untuk menbatalkan kehadiran aku untuk merongeng namun usahaku sia-sia kerana Kak Mayah telah menggunakan ilmu kawalan mindanya untuk mempengaruhi aku untuk pergi jua tanpa kerelaan mata aku yang nyata masih penat.

Aku terus menuju ke Terminal Putra setelah bersiap, Hayat sekeluarga bersama Mayah telah sedia menanti aku disana. Kak Ekin, pada masa itu sedang cuba untuk mendapatkan tempat duduk bas ke Genting Highland. Lupa untuk aku beritahu rongeng hari ketiga berlangsung di First World Genting Highland. Masa ketika itu 9.00pagi, kami perlu menunggu sehingga pukul 10.30pagi untuk bas (itu yang paling awal).

Akhirnya Hayat mengambil keputusan untuk memandu ke Genting, kami bersarapan di kaki Genting. Kesejukan di kaki sudah cukup sejuk namun kami tetap gagahi juga. Kabus pada pagi tersebut amat tebal, ada ketikanya kami nyaris tidak nampak apa-apa. Ini amat bahaya terutama apabila selekoh tajam.

Sampai sahaja di First World kami cuba untuk ke Outdoor Theme Park tetapi pihak pengurusan telah menutup Outdoor Park akibat kabus tebal. Kami bermain seketikadi kawasan permainan komputer (untuk mengisi masa).

Setelah bosan, kami bergerak ke IceWorld untuk bermain salju. Aku dan Kak Mayah sahaja yang masuk kerana kanak-kanak dibawah dua (2) tahun tidak dibenarkan sama sekali untuk masuk. IceWorld nyata merupakan suatu yang biasa mungkin kerana terlalu sesak untuk satu-satu sesi dan ais yang terdapat disitu tidak menarik. Aku dan Kak Mayah sempat bermain salju seketika sehingga telinga aku menjadi beku, setelah mengambil gambar kami terus keluar dan pergi ke McD untuk makan tengahari.

Setelah berehat seketika, kami bergerak ke Outdoor Theme Park sekali lagi dan nyata nasib kami lebih baik kali. Kami sempat bermain beberapa permainan di sana namun kebanyakkan masanya dihabiskan melayan kerenah Nadiah dan mengambil gambar.

Setelah penat akhirnya kami beransur pulang. Sebelum aktiviti rongeng tamat, kami berehat sebentar di Mali’s Corner untuk minum petang.

Share

One Response

  1. Mayyah on 06 Aug 2006

    Penuh dengan detachment yang hanya boleh dilakukan ketika merasa betul-betul kehabisan idea untuk menulis. Ye, atau tidak? 139 gambar membuktikan betapanya banyak mengambil gambar dengan Nadiah. Tak mengaku menggunakan ilmu kawalan minda tapi kalau sememangnya senang dipujuk…well…not my fault :P


Leave your comment