Hello world!

“Hello world”, suatu perkataan yang aneh bagi majoriti manusia tetapi wajib dipahami oleh setiap insan yang ingin bergelar pengaturcara.

Selamat datang kepada setiap insan yang melangkah masuk ke Laman Blog Element.Id(“Crynn”) yang akan memberi fokus lain bagi sesiapa yang mengenali aku sebagai {crynobone} tetapi mungkin tidak kepada sesiapa yang mengenali aku sebagai {crynn}. Laman Blog ini akan kekal menggunakan platform WordPress sepertimana Crynn Berkata-kata dan tidak ChronoSight.CMS hanya atas sebab aku perlu kembali aktif bersama WordPress atas dasar kerja yang memerlukan aku mengetahui dan menguasai pengaturcaraan WordPress.

Laman Blog ini masih belum mempunyai sebarang arah tuju yang khusus tetapi buat masa ini cukup sebagai satu langkah permulaan untuk aku kembali aktif dalam arena blogging atas identiti {crynn} dan juga sebagai satu titik permulaan untuk crynobone.com yang pernah terlepas kepada pihak yang ingin mengaut keuntungan seperti mana terjadi kini kepada chronosight.com.

Share

2 Responses

  1. Ashrufzz on 15 Feb 2008

    Ler..ko ada blog lagi satu rupanya.. Baru aku tahu… :-)


  2. crynn on 15 Feb 2008

    Aku buat blog ini lebih berunsur peribadi berbanding ChronoSight. Jangan tak tahu, aku jugak owner untuk SavvyUI.com dan Codenitive.com


Leave your comment