Written on February 26, 2008
by crynn
and 3 peoples have comment

Duplikasi daripada entri WTF Programmer, aku mahu resume anda.
I want your resume if you have these following caterias:
- Have good knowledge in writing PHP and MySQL.
- Knowledge in proper JavaScript programming is much apprieciated.
- Understand what Web 2.0 really means.
- Can work at Petaling Jaya, Malaysia.
If your have what it take, send the resume to crynobone [at] gmail.com with the following Subject: I want to be a Programmer.
Share
Written on February 25, 2008
by crynn
and 2 peoples have comment

Makin hari makin hampir kepada tarikh perkahwinan aku, aku seperti biasa masih lagi sibuk dengan kerja namun segalanya persiapan aku rasa telah hampir siap. Untuk pengetahuan semua peluang memberi hadiah akaun Flickr Pro untuk aku masih lagi terbuka sehingga saat ini.
Share
Written on February 18, 2008
by crynn
and 2 peoples have comment

Kegilaan kamera aku kembali semula, sehari sebelum Valentine Day aku telah membazirkan duit semata-mata untuk sebuah Canon IXUS 75. Memang pada mulanya aku bercadang untuk membeli sebuah Kamera D-SLR tapi biarlah dulu, aku rasa kamera point-n-shoot lebih sesuai untuk kegunaan aku buat masa ini. Untuk melihat kesan-kesan daripada pembelian tersebut anda dijemput untuk pergi ke laman Flickr aku.
Anda juga dialu-alukan untuk menderma akaun Flickr Pro sebagai hadiah perkahwinan aku yang akan berlangsung 11 hari sahaja lagi.
Share
Written on February 11, 2008
by crynn
and 11 peoples have comment
Arrgghhh, buat tensen sahaja bila aku baca berita Pak Lah: Nod for Umno to draw up lists, mari kita lihat petikan berita tersebut:
Commenting on talk that Parliament would be dissolved on Feb 13, Abdullah said this was a possibility.
“Yes, I like the number 13. It’s because nobody wants it. Those who are superstitious may say habislah if they got number 13.
“If people do not want it, let me take it then,” he quipped.
When asked if there was any connection between the number 13 and the general election, Abdullah responded: “It is up to you if you want to connect it or not.”
Jika benar Parlimen akan dibubarkan pada 13hb Februari bermakna Pilihan Raya akan berlangsung 1hb Mac bersamaan dengan tarikh pernikahan aku. Asyik dengan berita tidak menarik saja akhir-akhir ini, bosannnnn….
Share
Written on February 09, 2008
by crynn
and No one have comment
Daripada 30 hari terus tinggal 21 hari sahaja lagi untuk aku kekal bergelar bujang. Aku kini semakin malas untuk menulis entri seperti dahulu, mungkin kehadiran Twitter and Pownce yang lebih sesuai digunakan telah mengambil alih fungsi “blogging”. Beberapa hari lepas aku banyak menumpukan masa untuk mengemaskini Savvy.UI Library dan untuk pengetahuan semua versi 0.1.1.7 Alpha-Build kini boleh dimuat turun.
Aku kini juga sedang berkira-kira untuk membeli kamera digital baru untuk menggantikan yang Canon Powershot A400 *ada siapa mahu beli?*, mungkin Samsung L77, mungkin Canon IXUS 70 atau mana-mana kamera Point-n-Shoot yang difikirkan sesuai. Aku sebenarnya ingin juga memiliki kamera D-SLR tapi rasanya biarlah tunggu imbuhan dari projek freelance ke-dua aku nanti, imbuhan kerja freelance pertama dah awal-awal lagi digunakan untuk sebuah notebook baru (nanti dah dapat aku buat satu entry).
Akhir kata, sesiapa yang berminat untuk bersama memajukan JavaScript/Savvy.UI Library sila-silakan menghubungi aku melalui mana-mana saluran sekalipun.
Share
Recent Comments