Tinggal 21 Hari…

Daripada 30 hari terus tinggal 21 hari sahaja lagi untuk aku kekal bergelar bujang. Aku kini semakin malas untuk menulis entri seperti dahulu, mungkin kehadiran Twitter and Pownce yang lebih sesuai digunakan telah mengambil alih fungsi “blogging”. Beberapa hari lepas aku banyak menumpukan masa untuk mengemaskini Savvy.UI Library dan untuk pengetahuan semua versi 0.1.1.7 Alpha-Build kini boleh dimuat turun.

Aku kini juga sedang berkira-kira untuk membeli kamera digital baru untuk menggantikan yang Canon Powershot A400 *ada siapa mahu beli?*, mungkin Samsung L77, mungkin Canon IXUS 70 atau mana-mana kamera Point-n-Shoot yang difikirkan sesuai. Aku sebenarnya ingin juga memiliki kamera D-SLR tapi rasanya biarlah tunggu imbuhan dari projek freelance ke-dua aku nanti, imbuhan kerja freelance pertama dah awal-awal lagi digunakan untuk sebuah notebook baru (nanti dah dapat aku buat satu entry).

Akhir kata, sesiapa yang berminat untuk bersama memajukan JavaScript/Savvy.UI Library sila-silakan menghubungi aku melalui mana-mana saluran sekalipun.

Share

Leave your comment