Ketupat & Rendang di WarongKita

Suatu kelainan untuk sarapan pagi, tapi inilah makanan kegemaran aku dan isteri setiap kali melangkah ke KL Sentral jika berkesempatan. Tambahan pula dengan capaian internet tanpa wayar yang disediakan oleh WarongKita amat dialu-alukan aku. Cubalah bila anda berkesempatan.

Share

Selamat “Belated” Lahir

Terlupa aku nak sertakan koleksi gambar makan tengahari bersama rakan-rakan sekerja aku pada 3hb April yang lalu. Tidak banyak gambar yang dapat aku sertakan kerana malang sekali pada hari itu aku terlupa untuk mengecas bateri kamera digital aku. Inilah antara dua kelemahan utama kamera Canon IXUS 75 iaitu tiada indicator untuk status bateri. Sesi makan malam bersama isteri tidak dapat disertakan kerana memang tiada gambar yang diambil, tambahan pula first time merasa candle-light dinner dalam rumah sendiri.
Lihat Set penuh Birthday Lunch @ Nandos One Utama.

Share