Nurnabilah Aqila

Sempena Aidilfitri baru-baru ini aku telah menghabiskan masa hampir 6 hari berada di kampung halaman. Seperti mana tahun-tahun yang lepas tahun ini tiada banyak perbezaan melainkan melayan tetamu serta jiran-jiran yang makin tahun makin ku tidak kenali. Tahun ini, membawa sedikit kelainan dimana tumpuan lebih kepada anak saudara aku yang baru berusia sebulan.

Nurnabilah Aqila Nurnabilah Aqila Nurnabilah Aqila Nurnabilah Aqila Nurnabilah Aqila

Ramai ahli keluarga yang menyatakan muka Nurnabilah mirip dengan muka aku, entah aku pun kurang pasti. Adakah anda dapat mencari persamaan tersebut?

Share

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Element.Tags("humans").each( function() {
	this.addTextDOM("Selamat Hari Raya Aidilfitri");
});

Khusus kepada mereka yang tidak bertuah mendapat mesej ini melalui perkhidmatan SMS.

Share

07-10-07

Shakey Pizza Receipt Pizzaaaa!!

Semalam, 7hb Oktober 2007 adalah ulangtahun pertama aku dan Nor. Tiada apa yang istimewa dapat dilakukan terutama sekali waktu-waktu Ramadhan ini. Kami hanya meluangkan masa di Alpha Angle, Wangsa Maju serta berbuka di Shakey’s Pizza.

Gambar-gambar yang mampu ditangkap hanya di Shakey’s Pizza sahaja, kalau nak tangkap kat tempat lain yang ternyata padat dengan himpunan manusia yang sibuk membeli-belah untuk persiapan Aidilfitri.

Her Looking Down Her Looking Up Hungry Man

Disamping itu disini diselingkan gambar-gambar makanan yang mampu membuat anda semua terliur ditengah-tengah kelaparan menunaikan puasa.

Our Drink Our Bread Our Pizza

Dan muka-muka kelaparan menunggu saat berbuka…

Her with the Food Me with the Food Me with the Food (2)

p/s: Shakey’s Pizza bukan penaja rasmi majlis ataupun entri ini.

Share

Satu Tahun

Us

Satu tahun yang lepas, permulaan.
Satu tahun kemudian, masih dalam perjalanan…

Share

Hello world!

“Hello world”, suatu perkataan yang aneh bagi majoriti manusia tetapi wajib dipahami oleh setiap insan yang ingin bergelar pengaturcara.

Selamat datang kepada setiap insan yang melangkah masuk ke Laman Blog Element.Id(“Crynn”) yang akan memberi fokus lain bagi sesiapa yang mengenali aku sebagai {crynobone} tetapi mungkin tidak kepada sesiapa yang mengenali aku sebagai {crynn}. Laman Blog ini akan kekal menggunakan platform WordPress sepertimana Crynn Berkata-kata dan tidak ChronoSight.CMS hanya atas sebab aku perlu kembali aktif bersama WordPress atas dasar kerja yang memerlukan aku mengetahui dan menguasai pengaturcaraan WordPress.

Laman Blog ini masih belum mempunyai sebarang arah tuju yang khusus tetapi buat masa ini cukup sebagai satu langkah permulaan untuk aku kembali aktif dalam arena blogging atas identiti {crynn} dan juga sebagai satu titik permulaan untuk crynobone.com yang pernah terlepas kepada pihak yang ingin mengaut keuntungan seperti mana terjadi kini kepada chronosight.com.

Share

Object Error

Object Error

Aku memang aktifkan debug kod JavaScript dalam Internet Explorer tapi tidak aku sangka MSN.com pun ada object error, serious rasa cam kelakar je.

Share

Trailer Syamel, Jamel, Kamel (SJK)

Sebuah kisah pendek daripada sindiket Sol-jah. En Amir, bila mahu keluar itu cerita penuh.

Share

Madai Thiranthu by Yogi B

Dah lama ku tak dengar lagu tamil, yang terakhir pun daripada Poetic Ammo (turut dianggotai oleh Yogi B) iaitu Vallavan daripada album It’s a Nice Day to Be Alive. Selamat berhibur dengan Madai Thiranthu.

Share

Belajar C kini hanya 2 minit

Learn C in 2 minutes

Share

Iklan CMS

Aku baru sahaja membuka peluang kepada sesiapa untuk mencuba Sistem Pengurusan Kandungan yang selama ini aku bina iaitu ChronoSight.CMS. Jika anda berminat sila layari entri ChronoSight.CMS would like to accept beta tester.

Share