Very Important Programmer

Teringin untuk ikut serta tapi nak buat macam mana terlalu banyak tugas yang perlu diselesaikan.

Share

Gambar Ilusi

Gambar apakah ini?

Share

Hujung Minggu Hampir Tiba

Berikut adalah pemandangan yang kemungkinan aku akan tatap pagi esok, malah kini pun aku sudah tidak sabar untuk menutup Dell XPS aku dan cabut daripada ofis tapi sabar sahajalah. Ayat orang yang bosan mengadap cacing kerawit (merujuk kepada kod pengaturcaraan).

Share

Aku Kahwin Lagi

Aku akan kahwin lagi 1hb Jun ini, bermula dengan hanya sekadar Kenduri Kesyukuran entah bila aku pun tidak sedar namun yang pasti 1hb Jun ini aku akan sekali lagi memakai baju pengantin untuk majlis kenduri Kahwin sebelah lelaki.

Share

Kembali ke Zaman Kanak-kanak

Satu lagi gadget baru untuk kelengkapan rumah aku yang tidak seberapa, haha. Cukuplah sekadar Playstation 2 walaupun Playstation 3 sudah agak lama berada dipasaran kerana aku bukanlah kipas-susah-mati gamer, mungkin dulu tapi tidak lagi sekarang.

Share

Ketupat & Rendang di WarongKita

Suatu kelainan untuk sarapan pagi, tapi inilah makanan kegemaran aku dan isteri setiap kali melangkah ke KL Sentral jika berkesempatan. Tambahan pula dengan capaian internet tanpa wayar yang disediakan oleh WarongKita amat dialu-alukan aku. Cubalah bila anda berkesempatan.

Share

Selamat “Belated” Lahir

Terlupa aku nak sertakan koleksi gambar makan tengahari bersama rakan-rakan sekerja aku pada 3hb April yang lalu. Tidak banyak gambar yang dapat aku sertakan kerana malang sekali pada hari itu aku terlupa untuk mengecas bateri kamera digital aku. Inilah antara dua kelemahan utama kamera Canon IXUS 75 iaitu tiada indicator untuk status bateri. Sesi makan malam bersama isteri tidak dapat disertakan kerana memang tiada gambar yang diambil, tambahan pula first time merasa candle-light dinner dalam rumah sendiri.
Lihat Set penuh Birthday Lunch @ Nandos One Utama.

Share

Kampung Halaman

Minggu ini kami meluangkan masa untuk pulang ke kampung halaman aku untuk berkenalan dengan keluarga belah aku. Malangnya semalam terlupa untuk membawa kamera maka ini sahaja yang dapat disediakan untuk masa ini. Set penuh Backyard.

Share

Kenny Rogers, Mungkin Bukan Untuk Aku

Half a Chicken

Semalam aku berkesempatan untuk meluangkan masa makan malam bersama isteri di Kenny Rogers, suatu restoran yang tidak pernah dikunjungi oleh aku mahupun dia. Tetapi memandangkan dia dah lama berhajat untuk belanja aku makan malam maka mengapa perlu aku tolak lebih-lebih lagi apabila majoriti makanan yang disediakan di Kenny Rogers (aku anti sayur dan buah-buahan).

Apa yang aku dapat rumuskan, selera aku dan isteri tidak sesuai untuk Kenny Rogers. Bukan hal kos untuk satu set makan malam tetapi mungkin lebih kepada cara penyediaan makanannya yang membuatkan cepat kenyang dan rasa sedikit mual, jangan tanya sebab mengapa kerana aku bukan pakar dalam hal ini. Apa-apa pun, sila kunjungi laman Flickr aku untuk melihat seluruh set Dinner @ Kenny Rogers.

Share

Dunia Baru

The Wedding Rings

Alhamdulillah semuanya telah selesai… Terima kasih kepada semua yang telah menghadiri majlis kami dan juga mereka yang menghantar ucapan tahniah secara online mahupun teks SMS.

Share