Hello IXUS 75

Posted February 18, 2008 in Aku & Kehidupan

At Photo Shop

Kegilaan kamera aku kembali semula, sehari sebelum Valentine Day aku telah membazirkan duit semata-mata untuk sebuah Canon IXUS 75. Memang pada mulanya aku bercadang untuk membeli sebuah Kamera D-SLR tapi biarlah dulu, aku rasa kamera point-n-shoot lebih sesuai untuk kegunaan aku buat masa ini. Untuk melihat kesan-kesan daripada pembelian tersebut anda dijemput untuk pergi ke laman Flickr aku.

Anda juga dialu-alukan untuk menderma akaun Flickr Pro sebagai hadiah perkahwinan aku yang akan berlangsung 11 hari sahaja lagi.

Tinggal 21 Hari…

Posted February 9, 2008 in Aku & Kehidupan, Bebel

Daripada 30 hari terus tinggal 21 hari sahaja lagi untuk aku kekal bergelar bujang. Aku kini semakin malas untuk menulis entri seperti dahulu, mungkin kehadiran Twitter and Pownce yang lebih sesuai digunakan telah mengambil alih fungsi “blogging”. Beberapa hari lepas aku banyak menumpukan masa untuk mengemaskini Savvy.UI Library dan untuk pengetahuan semua versi 0.1.1.7 Alpha-Build kini boleh dimuat turun.

Aku kini juga sedang berkira-kira untuk membeli kamera digital baru untuk menggantikan yang Canon Powershot A400 *ada siapa mahu beli?*, mungkin Samsung L77, mungkin Canon IXUS 70 atau mana-mana kamera Point-n-Shoot yang difikirkan sesuai. Aku sebenarnya ingin juga memiliki kamera D-SLR tapi rasanya biarlah tunggu imbuhan dari projek freelance ke-dua aku nanti, imbuhan kerja freelance pertama dah awal-awal lagi digunakan untuk sebuah notebook baru (nanti dah dapat aku buat satu entry).

Akhir kata, sesiapa yang berminat untuk bersama memajukan JavaScript/Savvy.UI Library sila-silakan menghubungi aku melalui mana-mana saluran sekalipun.

Mengakhiri Zaman Bujang

Posted January 22, 2008 in Aku & Kehidupan

Akhirnya, aku bakal meninggalkan zaman bujang awal bulan Mac ini dengan seseorang yang aku rasa tidak perlu lagi diperkenalkan di sini. Persiapan untuk majlis tengah giat disiapkan dan diharapkan tiadalah masalah-masalah besar yang berlaku untuk majlis aku nanti (merujuk kepada hukum Murphy’s Law*).

* Anda perlu merujuk laman blog aku yang satu lagi untuk memahami maksud penyataan diatas.

Tagged with:

Perisik setelah Merisik

Posted December 10, 2007 in Aku & Kehidupan

Akhirnya aku kini boleh digelar sebagai seorang perisik sejak semalam (10 Disember 2007) setelah mak aku secara rasmi merisik teman wanita aku. Nampaknya aku akan bukan sahaja sibuk dengan tugas kerja malah persiapan untuk *kamu tahu apa* yang mungkin berlangsung suku pertama tahun hadapan.

Ni sahaja gambar yang aku boleh kongsi buat masa ini sebab aku sendiri tiada di tempat kejadian, sibuk dengan kerja apa lagi. Ada sesiapa berminat untuk menjadi wakil meminang aku?

Tagged with:

Gara-gara kesibukan

Posted November 23, 2007 in Aku & Kehidupan

Nampaknya rancangan yang diatur perlu dirombak, gara-gara kesibukan sehingga tidak sempat untuk membeli tiket bas pergi dan balik ke Kuala Nerang (untuk menjemput Emak aku) menjadi alasan munasabah untuk menangguhkan lawatan “spotcheck” ke Kuala Lumpur minggu ini. Baguslah juga, boleh juga aku membeli beberapa lagi BARANG ASAS rumah hujung minggu ini. Siapa mahu ikut aku membeli-belah?

Tiada Masa untuk Judul…

Posted November 22, 2007 in Aku & Kehidupan

Memang ramai yang tidak tahu, tetapi mak aku akan datang ke KL hujung minggu ini dengan misi tertentu, tetapi sebelum itu aku perlu ke utara untuk menjemput emak aku. Walaupun kalau diikutkan amat tidak sesuai disebabkan kesibukan aku yang telah meningkat 2x ganda daripada biasa. Kerja siang dan malam sangat-sangat mencabar kesabaran aku buat masa ini. Tiada lagi masa untuk Games, lupakan sahaja pasal tidur dan biarlah laman blog aku kosong tanpa sebarang kemaskini.

Tagged with: ,

Nurnabilah Aqila

Posted October 21, 2007 in Aku & Kehidupan

Sempena Aidilfitri baru-baru ini aku telah menghabiskan masa hampir 6 hari berada di kampung halaman. Seperti mana tahun-tahun yang lepas tahun ini tiada banyak perbezaan melainkan melayan tetamu serta jiran-jiran yang makin tahun makin ku tidak kenali. Tahun ini, membawa sedikit kelainan dimana tumpuan lebih kepada anak saudara aku yang baru berusia sebulan.

Nurnabilah Aqila Nurnabilah Aqila Nurnabilah Aqila Nurnabilah Aqila Nurnabilah Aqila

Ramai ahli keluarga yang menyatakan muka Nurnabilah mirip dengan muka aku, entah aku pun kurang pasti. Adakah anda dapat mencari persamaan tersebut?

Tagged with:

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Posted October 13, 2007 in Aku & Kehidupan
Element.Tags("humans").each( function() {
	this.addTextDOM("Selamat Hari Raya Aidilfitri");
});

Khusus kepada mereka yang tidak bertuah mendapat mesej ini melalui perkhidmatan SMS.

Tagged with: ,

07-10-07

Posted October 8, 2007 in Aku & Kehidupan

Shakey Pizza Receipt Pizzaaaa!!

Semalam, 7hb Oktober 2007 adalah ulangtahun pertama aku dan Nor. Tiada apa yang istimewa dapat dilakukan terutama sekali waktu-waktu Ramadhan ini. Kami hanya meluangkan masa di Alpha Angle, Wangsa Maju serta berbuka di Shakey’s Pizza.

Gambar-gambar yang mampu ditangkap hanya di Shakey’s Pizza sahaja, kalau nak tangkap kat tempat lain yang ternyata padat dengan himpunan manusia yang sibuk membeli-belah untuk persiapan Aidilfitri.

Her Looking Down Her Looking Up Hungry Man

Disamping itu disini diselingkan gambar-gambar makanan yang mampu membuat anda semua terliur ditengah-tengah kelaparan menunaikan puasa.

Our Drink Our Bread Our Pizza

Dan muka-muka kelaparan menunggu saat berbuka…

Her with the Food Me with the Food Me with the Food (2)

p/s: Shakey’s Pizza bukan penaja rasmi majlis ataupun entri ini.

Satu Tahun

Posted October 7, 2007 in Aku & Kehidupan

Us

Satu tahun yang lepas, permulaan.
Satu tahun kemudian, masih dalam perjalanan…