Pak Lah mahu Kacau Daun

Arrgghhh, buat tensen sahaja bila aku baca berita Pak Lah: Nod for Umno to draw up lists, mari kita lihat petikan berita tersebut:

Commenting on talk that Parliament would be dissolved on Feb 13, Abdullah said this was a possibility.

“Yes, I like the number 13. It’s because nobody wants it. Those who are superstitious may say habislah if they got number 13. 

“If people do not want it, let me take it then,” he quipped. 

When asked if there was any connection between the number 13 and the general election, Abdullah responded: “It is up to you if you want to connect it or not.”

Jika benar Parlimen akan dibubarkan pada 13hb Februari bermakna Pilihan Raya akan berlangsung 1hb Mac bersamaan dengan tarikh pernikahan aku. Asyik dengan berita tidak menarik saja akhir-akhir ini, bosannnnn….

Share

Tinggal 21 Hari…

Daripada 30 hari terus tinggal 21 hari sahaja lagi untuk aku kekal bergelar bujang. Aku kini semakin malas untuk menulis entri seperti dahulu, mungkin kehadiran Twitter and Pownce yang lebih sesuai digunakan telah mengambil alih fungsi “blogging”. Beberapa hari lepas aku banyak menumpukan masa untuk mengemaskini Savvy.UI Library dan untuk pengetahuan semua versi 0.1.1.7 Alpha-Build kini boleh dimuat turun.

Aku kini juga sedang berkira-kira untuk membeli kamera digital baru untuk menggantikan yang Canon Powershot A400 *ada siapa mahu beli?*, mungkin Samsung L77, mungkin Canon IXUS 70 atau mana-mana kamera Point-n-Shoot yang difikirkan sesuai. Aku sebenarnya ingin juga memiliki kamera D-SLR tapi rasanya biarlah tunggu imbuhan dari projek freelance ke-dua aku nanti, imbuhan kerja freelance pertama dah awal-awal lagi digunakan untuk sebuah notebook baru (nanti dah dapat aku buat satu entry).

Akhir kata, sesiapa yang berminat untuk bersama memajukan JavaScript/Savvy.UI Library sila-silakan menghubungi aku melalui mana-mana saluran sekalipun.

Share

Object Error

Object Error

Aku memang aktifkan debug kod JavaScript dalam Internet Explorer tapi tidak aku sangka MSN.com pun ada object error, serious rasa cam kelakar je.

Share

Keinginan Tidak Kesampaian

Hari sabtu lepas, sedang aku di Sungei Wang aku sempat singgah di suatu Kedai CD Audio. Tetiba mata aku terpandai satu CD, sah set original CD Bone Thugs-N-Harmony — The Collection Volume 1. Mula-mula bersemangat juga nak beli tetapi terus batalkan niat bila tengok tag harga RM89.99.

Macam mana nak support barang tulen kalau sampai dekat RM100 untuk satu CD Audio.

Share

Burrrppppp

Tadi sekali lagi makan di Restoren Samuri, first time bulan puasa ni ada orang belanja berbuka. Terima kasih kepada Hayat dan Kak Mayah (selamat hari $umur + 1).

Share

Akhirnya…

Setelah beberapa hari aku tidak berjaya bangun sahur nampaknya hari ini buat kali pertama untuk bulan Ramadhan tahun ini aku akhirnya berjaya untuk membangunkan diri aku…

Malangnya aku hanya ada Meggi untuk menjamu perut aku tadi. Tidak mengapa, akan aku beli biskut untuk malam ini… XD

Share

Panggilan dari PTPTN

Surat tercinta sudah sampai, sudah tiba masa untuk membayar apa yang aku guna.

Share

Kini Hanya Tinggal RM20

Terbang lagi duit, tadi baru sahaja daftar nombor DIGI untuk kegunaan pejabat. Harap-harap cepat la dapat duit claim*Siggghhhh*

Share

Musim Kahwin

Sementara Malaysia kian sibuk meniti hari perkahwinan Siti Nurhaliza dan Datuk K, tidak dilupakan kawan-kawan aku yang akan melangsungkan perkahwinan terutama Asriey dan Intanku. Maaf sesangat tapi tidak dapat nak datang la kawan, hadiah perkahwinan engkau pun aku belum pindah turun lagi. Besar sangat la permintaan kau.

Tidak dilupakan juga kepada saudara Mu’az dan pasangannya Yanie kerana baru bertunang semalam. Lama gak aku tak berhubung dengan geng-geng Underground Modder Clan (UMC).

Share

Tidak menarik hari ini

Dua berita tidak baik menimpa aku hari ini. Dalam pukul 8.00 malam tadi adik aku memberitahu aku melalui SMS

A’kum, tau dk mak lang meninggal dunia?

Kemudian tadi sekali lagi berita tidak baik disampaikan kepada aku. Kali ini daripada kakak aku;

Tadi pegi jumpa doktor, scan, ada berita tak baik, baby dah tak ada, dah sebulan tak ada

Share