Rongeng (Hari Tiga)

Ini sambungan kepada Rongeng (Hari Kedua), maaf kerana tiada kesempatan untuk menulis entri ini, Rongeng hari ketiga berkisah pada hari ahad, sehari selepas rongeng hari kedua berlangsung….

Pagi itu, aku amat penat kesan daripada dua hari rongeng berturut-turut. Aku telah cuba untuk menbatalkan kehadiran aku untuk merongeng namun usahaku sia-sia kerana Kak Mayah telah menggunakan ilmu kawalan mindanya untuk mempengaruhi aku untuk pergi jua tanpa kerelaan mata aku yang nyata masih penat.

Aku terus menuju ke Terminal Putra setelah bersiap, Hayat sekeluarga bersama Mayah telah sedia menanti aku disana. Kak Ekin, pada masa itu sedang cuba untuk mendapatkan tempat duduk bas ke Genting Highland. Lupa untuk aku beritahu rongeng hari ketiga berlangsung di First World Genting Highland. Masa ketika itu 9.00pagi, kami perlu menunggu sehingga pukul 10.30pagi untuk bas (itu yang paling awal).

Akhirnya Hayat mengambil keputusan untuk memandu ke Genting, kami bersarapan di kaki Genting. Kesejukan di kaki sudah cukup sejuk namun kami tetap gagahi juga. Kabus pada pagi tersebut amat tebal, ada ketikanya kami nyaris tidak nampak apa-apa. Ini amat bahaya terutama apabila selekoh tajam.

Sampai sahaja di First World kami cuba untuk ke Outdoor Theme Park tetapi pihak pengurusan telah menutup Outdoor Park akibat kabus tebal. Kami bermain seketikadi kawasan permainan komputer (untuk mengisi masa).

Setelah bosan, kami bergerak ke IceWorld untuk bermain salju. Aku dan Kak Mayah sahaja yang masuk kerana kanak-kanak dibawah dua (2) tahun tidak dibenarkan sama sekali untuk masuk. IceWorld nyata merupakan suatu yang biasa mungkin kerana terlalu sesak untuk satu-satu sesi dan ais yang terdapat disitu tidak menarik. Aku dan Kak Mayah sempat bermain salju seketika sehingga telinga aku menjadi beku, setelah mengambil gambar kami terus keluar dan pergi ke McD untuk makan tengahari.

Setelah berehat seketika, kami bergerak ke Outdoor Theme Park sekali lagi dan nyata nasib kami lebih baik kali. Kami sempat bermain beberapa permainan di sana namun kebanyakkan masanya dihabiskan melayan kerenah Nadiah dan mengambil gambar.

Setelah penat akhirnya kami beransur pulang. Sebelum aktiviti rongeng tamat, kami berehat sebentar di Mali’s Corner untuk minum petang.

Share

Rongeng (Hari Kedua)

Hari sabtu lepas, aku sekali lagi mengikuti satu aktiviti rongeng yang diatur oleh Kak Mayyah (salah seorang komentar setia Crynn Berkata-kata). Aku, Hayat sekeluarga, Kak Mayyah dan Rhu menonton wayang Pirate of the Caribbeans 2: Dead Man’ Chest.

Aku dan Hayat sekeluarga bertolak kira-kira pukul 1.30 petang dari UIA Gombak menuju ke Petaling Jaya. Namun, berdasarkan “kesilapan teknikal” kami telah terlajak ke Subang. Walau apa pun, setelah kira-kira 15 ke 20 minit, kami telah tiba di destinasi yang sebenarnya iaitu Bella Italia.

Bella Italia adalah sebuah restoran masakan itali milik keluarga Rhu, aku sebagai seorang yang amat memilih berkenaan makanan hanya meminta Italian Fried Rice. Sudah aku jangka, masakan tersebut bukan mengikut selera aku. Sedap memang sedap, cuma terlalu banyak cendawan dan minyak. Setelah semua berjaya memenuhkan perut masing-masing termasuk Nadiah kami berunsur ke Cineleisure.

** Babak tidak penting dipotong oleh FINAS **

Dalam panggung, aku duduk di tengah-tengah antara Kak Mayyah dan Rhu menjadi mangsa untuk pegang popcorn. Hayat sekeluarga duduk dikerusi belakang betul-betul dibelakang kami. Sejujurnya, aku sudah lupa kebanyakan jalan cerita POTC maka terdapat beberapa babak yang aku sedikit keliru. Apa-apapun, wayang tersebut memang menarik cuma aku memang tidak pandai berborak dengan orang yang tidak atau baru kenal.

** Babak tidak penting dipotong oleh FINAS **

Setelah habis sahaja tayangan, Kak Mayyah dan Rhu terus berunsur balik kerana emak Rhu sudah mula bising. Aku dah Hayat sekeluarga lepak sementara menyaksikan aktiviti-aktiviti yang berlangsung di premis yang sama. Setelah bosan, kami terus bergerak balik ke Wangsa Maju. Kami turut pergi ke Alpha Angle Wangsa Maju untuk menikmati pizza dan yang menarik Nadiah dapat permainan baru.

Semua aktiviti merongeng hari kedua tamat pukul 11 malam. Ngantuknya….

Share

Rongeng (Hari Pertama)

Semalam baru sahaja aku ingin berehat kira-kira dalam linkungan masa 7.40pm Uzu menyapa aku dalam YM. Beliau mengajak aku untuk menyertai sesi Yum-cha Sate Kajang dekat Restoren Samuri. Pada mulanya aku malas untuk keluar, agak sukar untuk aku bergerak bebas waktu malas terutamanya disebabkan oleh tiada pengangkutan sendiri (aku tidak mampu).
Baru sahaja aku menolak pelawaan Uzu tiba-tiba id Fariz muncul dalam YM. Tiba-tiba sahaja peluang aku untuk berjumpa dengan geng Sepam Melayu’s Thread menjadi cerah. Masa-masa seperti ini Google Earth sangat berguna, walaupun pada mulanya Fariz agak sukar untuk memastikan kedudukan rumah aku tetapi dengan bantuan Google Earth beliau akhirnya faham.
Kira-kira pukul 9.50pm… Fariz, Don dan Arj (memandu Gen2) sampai di Seksyen 10 Wangsa Maju. Sampai sahaja di Restoren Samuri, kelihatan Uzu, Rad, Ayiesz, Phibe, Freak dan gundik-gundiknya sudah lama menanti. Maka bermulalah aksi-aksi membaham satay…

Barisan Tentera (kekuatan 12 orang)

  • freak
  • gadis 1 (awek freak)
  • gadis 2
  • gadis 3
  • ayiesz
  • uzu
  • rad
  • crynobone (crynn tiada bertulang)
  • Arj
  • fariz
  • don
  • phibe

Mangsa:

  • 120 cucuk sate ayam/kambing

Damage:

  • RM118.xx
Share

Kadang kala aneh sungguh Google Search

Tidak aku sangka entri aku mengenai Proton Satria Neo untuk ChronoSight mendapat paras keputusan carian lebih tinggi daripada Paul Tan.

…Ini sungguh aneh. 

Share

Dunia Gila

Memang benar arak amat membahayakan, contoh terkini seorang wanita akan berlari bogel semasa perlawanan akhir Piala Dunia 2006 semata-mata kerana satu pertaruhan yang dilakukan beliau dengan rakan beliau. Untuk maklumat lanjut sila lawati laman Sonja to run naked at World Cup Final.

P/s: Kesahihan berita ini tidak dapat diketahui, apa-apa sahaja boleh berlaku dalam internet.

Share

Aku suka

Nampaknya Blogsentral sudah sediakan lebih banyak templat untuk kita pilih untuk kegunaan belog peribadi kita. Tahniah aku ucapkan, mungkin tidak lama lagi penulis-penulis belog berupaya untuk mengubahsuai sendiri templat mereka seperti yang telah disediakan oleh Pengurus Belog seperti WordPress.com ataupun Blogspot.com

Share

Nyata, Aku bakal Pakcik!

Sambungan daripada entri lepas, Aku, bakal pakcik? Tadi baru je dapat Pesan Ringkas

“Confirm, pregnant 5 weeks”

 

Share

Aku, bakal pakcik?

Perbualan aku dengan kakak aku:

kakak aku: hello
aku: yup
kakak aku: nak jd pak cik tak?
aku: :|
aku: xkisah
aku: huhu

Bahaya, susah untuk dibayangkan aku seorang pakcik. Tiba-tiba terasa sudah tua. Tidak!!!!

Share

Cuti ke Kerja?

Hari ini hari ahad, walaupun aku berada di rumah tetapi aku sedang menatap kerja-kerja pejabat yang aku perlu siapkan segera. Cuti atau kerja pada hari Ahad seolah-olah tiada bezanya, bukan untuk mengeluh tapi itulah kebiasaan hidup aku saban hari. Siang kerja, malam pun kerja dan ini semua untuk masa depan diri aku sendiri juga, bukan?

Semalam aku pening, tertangguh sebentar kerja-kerja aku pada waktu malam. Pening tapi tidak dapat tidur maka aku berhibur dengan X-Men Evolution Session 1 (Volume 1). Hari ini berhibur dengan Seether pula, nak layan filem atau anime susah pula nanti kalau tengah bekerja. Ohh baru teringat, aku masih ada satu misi yang aku perlu buat sekarang, memindah turun Bleach dan Naruto Manga.

Share

Pemburuan Harta Karun UIA

Iklan sebentar khusus untuk graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ….
Pirates ! Looters ! Queen Elizabeth! What do they all have in common? They are all treasure hunters. Some found more treasures than others. No one can deny the excitement treasure hunting gives! Today, treasure hunt is a well-known game amongst adventurers. People from around the region participate in this game and find joy in looting their prizes and feeling the rush of solving the many intricate clues given.

In the spirit of camaraderie and ukhuwah as well as to promote and encourage a silaturrahim among IIUM Alumni members, IIUM Staff and students , IIUM Alumni & Career Division Unit is organizing ‘IIUM Treasure Hunt 2006′ on Saturday to Sunday, July 22-23, 2006 at Swiss Garden Kuantan Resort & Spa, Kuantan, Pahang . Check this news out! IIUM has grown in size since you left! We’ll be looting the new IIUM Kuantan Campus as well!

This event is open to all ex-UIA students and outsiders as well (please read the terms & conditions). By the way, did you know that you are automatically an alumni member the moment you graduated?

For further information, please visit the following IIUM Alumni Treasure Hunt 2006 website.

Hurry! Grab this chance to win exciting prizes. Tell all your friends about it and take a walk in memory lane and get-together with your Uni friends. All of which can be found in the ‘ IIUM Treasure Hunt 2006′

See You There!

Share