Hari ini sekali lagi

Seperti bulan-bulan yang lalu, kini hari tersebut muncul kembali. Hari untuk aku menyelesaikan segala hutang-hutang aku. Bermula dengan sewa rumah, bil elektrik, bil air dan bil internet segalanya sudah aku selesaikan. Cuma tinggal bil telefon sahaja yang masih belum sampai? Pelik.. pelik, sepatutnya bil telefon aku patut sampai dahulu.

Kini musim Piala Dunia kembali, adakah aku terikut-ikut dengan aliran semasa? Tidak sama sekali! Biarlah mereka dengan fanatik mereka. Zaman aku mengambil kisah tentang bola sudah tamat dengan permainan FIFA 2005. Tapi itu tidak semestinya muktamad, aku mungkin berubah mengikut aliran tersebut jika mereka menyediakan barisan pemain berikut.

Dunia yang khayal…

Share

Ku terjebak dengan Manusia X

Semalam seharian aku hidup dengan penuh hiburan, hiburan yang sungguh mengkhayalkan. Sungguh khayal sehingga aku menghabiskan masa hampir separuh hari aku dengan hiburan tersebut semata-mata.

Bukan di disko atau di pub tetapi di depan Komputer Peribadi aku sendiri. Apakah hiburan itu? Bukan lain selain Manusia X: Siri Animasi musim 3 dan musim 4 yang baru sahaja aku selesai pindah turun baru-baru ini. Adus bahaya sungguh, kini hanya tinggal musim 5 sahaja yang masih jauh perjalanan pindah turunnya. Gian…

Share

Tidur Hotel

Malam tadi aku tidur hotel lagi, kesibukan menyiapkan kertas kerja tender memaksa aku untuk tidur hotel sahaja malam tadi. Hotel manakah itu? Hanya orang-orang pejabat aku yang tahu tempat tersebut.

Diharapkan tiada timbul spekulasi pula, aku hanya menumpang tidur dirumah Hayat. Itupun dapat tidur dalam pukul 2pagi kerana aku mengambil masa yang agak lama untuk menulis semula resume aku. Mungkin lepas ini aku akan menggunakan resume atas-talian untuk memudahkan aku melakukan proses kemaskini daripada masa ke masa.

Petang tadi langkah kanan, salah satu pembekal syarikat belanja Pizza Huts. Bagus juga, aku hanya sarap nasi lemak hari ini. Sekurang-kurangnya dapat juga rangkumi makan tengahari dan makan malam aku hari ini. Selamat poket!!

Share

Kembara Seorang Bakal Ahli KWSP

Hari ini aku datang pejabat lewat sejam, bukan kerana bangun lambat tetapi aku ke Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mendaftar keahlian aku. Semalam aku telah memberitahu Hayat tentang kelewatan aku dan beliau meminta aku ke Pejabat Bangsar setelah urusan KWSP aku selesai. Ini kerana bahagian pembangunan sistem sedang sibuk menyiapkan suatu kertas kerja untuk diserahkan kepada TM.

Kembali kepada cerita, pagi tadi aku terus menaiki Tren Putra daripada Stesen Wangsa Maju hingga ke Stesen Masjid Jamek dan kemudian menaiki Tren Star daripada Stesen Masjid Jamek hingga ke Stesen Bandaraya (bersebelahan dengan Sogo). Dengan penuh yakin aku terus menuju ke Menara MARA sehingga sampai ke Universiti Kuala Lumpur, sebelum ini aku pernah bertanya kepada Faizal lokasi Pejabat KWSP dan aku yakin bahawa arah yang aku tuju adalah benar.

Di hadapan Universiti Kuala Lumpur, aku bertindak bertanya kepada dua orang yang berada di kawasan tersebut dan malang sekali mereka pun sama seperti aku yang masih “pengguna baru” Kuala Lumpur. Hilang arah, aku menelefon Faizal untuk sekali lagi menanyakan lokasi yang betul. Rupa-rupanya aku telah tersalah jalan, arah KWSP sebenarnya adalah arah lawan aku. Tidakkkk!!!!…

Ku katakan “*toot*”…

Share

Serangan Seorang Emak

Semuanya bermula pada suatu malam yang tenang, sambil aku melayar internet seperti setiap malam yang lain tetiba rumah aku dibingitkan dengan deringan telefon bimbit ku. Aku melihat telefon lalu kelihatan nama “*** ***”! Aku kenal sungguh nama itu, tidak lain dan tidak bukan orang tersebut adalah emak aku sendiri.

Aku terus mengangkat telefon lalu terus telingaku bingit dengan leteran emakku, oh tidak sama sekali akan aku nyatakan disini apakah yang menjadi hujah-hujah leteran emakku tadi. Cukuplah kalian tahu betapa bingit rasanya telinga ini apabila bom nuklear dengan tiba-tiba meletus.

Biarlah perkara yang telah berlalu, apa yang pasti terdapat kemungkinan emakku akan datang ke Kuala Lumpur hujung minggu ini untuk melawat adikku yang sedang sibuk dengan kuliah kejururawatannya di Nilai, Negeri Sembilan. Pada masa yang sama aku kemungkinan besar tiada apa-apa hal hujung minggu ini maka emakku mengajakku mengikut beliau ke Nilai (itupun kalau beliau jadi datang ke KL).

Harap-harap cuti hujung minggu depan bukanlah suatu khabar angin semata-mata.

Share

Jurugambar Bidan Terjun

Tetiba petang ini aku menjadi bidan terjun, sungguh tidak sesuai. Apatah lagi apabila kamera yang aku guna hanyalah Nokia 6600 sahaja. Semuanya terjadi secara tiba-tiba, Kak Mayah sebelum ini telah menempah kamera Hayat tetapi tah sebab apa Hayat menghilang hari ini.

Bukankah aku ada kamera? Sepatutnya ya tapi Azlan sudah terlebih dahulu meminjam kamera digital aku untuk kegunaan hari penting beliau. Sedih, sungguh sedih. Inilah nasib seorang jurugambar bidang terjun…

Share

Hello Dunia!

Aku telah mendapat jemputan daripada Encik se7en untuk mencuba sistem belog komuniti Lowyat.NET iaitu Blogsentral.com. Jika sebelum ini aku lebih banyak membelog menggunakan inggeris sebagai medium bahasa maka aku rasa wajar untuk mencuba menggunakan bahasa melayu pula kali ini.

Laman Web lain:

Technorati Profile

Share