Mencari Programmer

Work work work!

Duplikasi daripada entri WTF Programmer, aku mahu resume anda.

I want your resume if you have these following caterias:

  • Have good knowledge in writing PHP and MySQL.
  • Knowledge in proper JavaScript programming is much apprieciated.
  • Understand what Web 2.0 really means.
  • Can work at Petaling Jaya, Malaysia.

If your have what it take, send the resume to crynobone [at] gmail.com with the following Subject: I want to be a Programmer.

Share

Pemergian Ben

Mungkin ramai yang masih belum sedar tentang berita ini tetapi nampaknya Ben telah meninggalkan Gempak Starz, meninggalkan karya Le.Gardenie dan Fatal Chaos mungkin buat selama-lamanya. Jika anda pengikut setia Le.Gardenie mungkin anda sedar stroke lukisan watak-watak Le.Gardenie telah bertukar dengan drastik semenjak isu #119 dan Fatal Chaos yang telah hilang sejak beberapa isu.

Tanda tanya ini terjawab bila aku terjumpa satu komik baru dengan judul Powder membariskan Ben sebagai salah seorang pelukis utama. Malah komik tersebut juga memberi ruang khas untuk Ben menceritakan diari harian beliau di Jepun. Aku tidak begitu kisah kemana Ben mahu pergi namun bagaimana dengan masa depan Le.Gardenie yang kini agak tidak selari dengan jalan cerita asal (mungkin kerana kekurangan idea atau bacaan) dan juga Fatal Chaos yang hilang entah kemana.

Share