Tinggal 30 Hari

Sedar tak sedar hanya tinggal 30 hari sahaja lagi untuk aku berstatus Bujang. Hari ini aku sibuk menyiapkan kad perkahwinan dengan khidmat Kad Perkahwinan.

Share

Search Query “Programmer”

Kemanakah menghilangnya programmer-programmer di negara kita ini? Itulah persoalan yang kian bermain didalam fikiran aku sekarang ini. Mengapa? Kerana setiap syarikat ataupun start-up yang ku kenali kini kekurangan tenaga programmer sehinggakan ada yang terpaksa meminjam pekerja daripada syarikat lain untuk projek-projek tertentu.

Selain daripada itu aku juga kian penat menolak tawaran-tawaran kerja yang lumayan jika difikirkan umur aku yang hanya menjangkau 25 tidak lama lagi, malah baru sahaja semalam aku menolak tawaran sejumlah RM4k sebagai seorang PHP programmer.

Baby's First Language

Share

Hello world!

“Hello world”, suatu perkataan yang aneh bagi majoriti manusia tetapi wajib dipahami oleh setiap insan yang ingin bergelar pengaturcara.

Selamat datang kepada setiap insan yang melangkah masuk ke Laman Blog Element.Id(“Crynn”) yang akan memberi fokus lain bagi sesiapa yang mengenali aku sebagai {crynobone} tetapi mungkin tidak kepada sesiapa yang mengenali aku sebagai {crynn}. Laman Blog ini akan kekal menggunakan platform WordPress sepertimana Crynn Berkata-kata dan tidak ChronoSight.CMS hanya atas sebab aku perlu kembali aktif bersama WordPress atas dasar kerja yang memerlukan aku mengetahui dan menguasai pengaturcaraan WordPress.

Laman Blog ini masih belum mempunyai sebarang arah tuju yang khusus tetapi buat masa ini cukup sebagai satu langkah permulaan untuk aku kembali aktif dalam arena blogging atas identiti {crynn} dan juga sebagai satu titik permulaan untuk crynobone.com yang pernah terlepas kepada pihak yang ingin mengaut keuntungan seperti mana terjadi kini kepada chronosight.com.

Share

Sama Sahaja

Toilet

Tidak aku sangka masih ada orang sebegini. Semasa kecil tandas diconteng, masa aku dewasa pon tandas diconteng. Mengata orang sendiri buat honar, tidak salah aku katakan manusia ni sama sahaja tanpa mengira bangsa.

Lokasi: Tandas Lelaki PUTRA LRT Bangsar

Share

Kerenah Pelanggan

Susah untuk aku komen, siang tadi aku terpaksa mengharungi kerenah salah seorang pelanggan kami. Beliau (melalui organisasi tempat beliau bekerja) telah membeli satu perisian Pinnacle Studio 9. Bukan melalui aku, tetapi salah seorang pekerja lain. Aku dengan hati yang agak gusar meneruskan jua tugas yang diberikan kepada aku.

Sampai sahaja aku di pejabat pelanggan tersebut, sudah dibambu oleh pelanggan sebab lewat memberikan bantuan. Aku sudah kurang selesa, apatah lagi aku menjangkakan masalah yang dihadapinya hanyalah masalah kanak-kanak baru belajar. Setelah mendengar penjelasan beliau nyata jangkaan aku benar. Beliau ingin menggunakan suatu fungsi efek yang telah dikunci oleh perisian, dan untuk mendapatkan fungsi efek tersebut beliau perlu membeli. Samalah seperti kita perlu membeli clip-art tambahan untuk kegunaan Microsoft Office.

Aduss, Itupun nak salahkan vendor dengan alasan hantar perisian tidak lengkap. Bila sediakan sebutharga yang lengkap minta kurangkan pula sebab tiada peruntukan. Inilah dunia kita…

Share

Berbudi atau Keselamatan Diri?

Malam tadi aku ke ofis Bangsar untuk mengambil barang yang aku tinggal Sabtu lepas, mengikut perjanjian asal aku akan bertemu dengan Kak Mayyah terlebih dahulu sebelum menuju ke ofis kerana beliau yang mempunyai kunci ofis dan aku perlu berdiskusi tentang projek kod nama “Mak Mayyah”.

Diatas beberapa kesulitan Kak Mayyah sampai lewat, aku sementara itu menanti di bahagian bawah Putra LRT Bangsar (sebelah perhentian teksi). Sementara menanti tiba-tiba datang orang lelaki sambil membawa sehelai kertas dan duit syiling. Lelaki tersebut cuma meminta bantuan aku untuk meminjam telefon bimbit aku dengan memberi alasan beliau tidak membawa telefon. Aku lantas terus beredar tanpa menghiraukan beliau, tidak ingin aku menjadi mangsa kecurian telefon hanya kerana ingin berbudi.

Aku masih belum cukup kaya untuk menderma telefon…

Share

BBCode tentang TinyMCE

Tidak aku sangka WordPress kini menggunakan TinyMCE, suatu perisian yang ku rasakan tidak stabil (aku pernah mencubanya untuk salah satu Sistem Pengurusan Kandungan yang aku bina) tetapi pada masa yang sama amat mudah terutama untuk pengguna baru internet. TinyMCE menggunakan konsep Apa-kamu-nampak-itu-kamu-dapat tidak memerlukan pengguna untuk mengetahui sebarang asas kod HTML.

Suatu masa dahulu terdapat suatu kaedah untuk memudahkan pelayan internet untuk menggunakan sintak-sintak tertentu untuk menggantikan Tag HTML, salah satu kaedah yang terkenal adalah BBCode yang digunakan secara meluas terutama dalam forum perbincangan seperti Invision Power Board, vBulletin, phpBB dan sebagainya. Malah sistem pengurusan kandungan aku, ChronoSight.CMS menggunakan BBCode sejak mula dibangunkan kira-kira setahun yang lepas.

Adalah benar jika dibandingkan secara antara BBCode dan TinyMCE, ternyata ramai akan memilih TinyMCE kerana keberkesanannya. Adakah ini bermakna ChronoSight.CMS akan mengikut rentak WordPress ataupun ia akan terus dengan caranya yang tersendiri. Tapi sebelum aku dapat menjawab persoalan tersebut, aku merasakan bahawa terdapat isu-isu tertentu yang aku perlu keutarakan sebelum aku dapat berubah kepada TinyMCE.

  • Keserasian TinyMCE terhadap keseluruhan pelayar internet,
  • Keupayaan untuk menambah sintak-sintak yang kritikal (seperti blockquote, code, heading dan lain-lain),
  • Keupayaan untuk menghasilkan sintak-sintak secara bijak, dan
  • Tiada kesalahan sintak (X)HTML,

Apa-apa pun masa akan menentukannya…

Share