Kenny Rogers, Mungkin Bukan Untuk Aku

Half a Chicken

Semalam aku berkesempatan untuk meluangkan masa makan malam bersama isteri di Kenny Rogers, suatu restoran yang tidak pernah dikunjungi oleh aku mahupun dia. Tetapi memandangkan dia dah lama berhajat untuk belanja aku makan malam maka mengapa perlu aku tolak lebih-lebih lagi apabila majoriti makanan yang disediakan di Kenny Rogers (aku anti sayur dan buah-buahan).

Apa yang aku dapat rumuskan, selera aku dan isteri tidak sesuai untuk Kenny Rogers. Bukan hal kos untuk satu set makan malam tetapi mungkin lebih kepada cara penyediaan makanannya yang membuatkan cepat kenyang dan rasa sedikit mual, jangan tanya sebab mengapa kerana aku bukan pakar dalam hal ini. Apa-apa pun, sila kunjungi laman Flickr aku untuk melihat seluruh set Dinner @ Kenny Rogers.

Share